Sunday, February 20, 2011

Hari ke 5-satu penipuan

Bangun je pagi tadi aku layan internet...episod softcore malam tadi tak abis lagi....pastu aku layan movie, yang tunjuk buah dada.... then, i aku layan sex scene, pastu aku rasa dah lebih kurang porno aje, nama je lain.aku tgk porno atas nama youtube, atau movies..... lastnye ptg tadi,aku tengok balik xxx website. Tewas.

Aku rasa, kalau tengok aje apelak salahnye,asal tak melancap. ade berita buruk....aku tewas lagi....ishh sedihnye.

Aku mula hari rabu----aku tahan sampai hari ahad. lima hari------------dasyhat.

Saturday, February 19, 2011

Hari ke-5: I Just want survive this weekend

Dugaan besar betul,aku tidur lambat lagi. Baru bangun. Walaupun aku masih belum tengok hardore, bunga-bunga aku dah mula. Haiyaa.. the cycle continue... I Just would like to survive this weekend..

Benteng takde langsung semalam,solat satu pun xbuat...Bila time2 camni aku tertanya, mana suara yang nak tegur aku. ibuku atau abangku. Diorang sikit pun xkisah. tidak.

Aku perlukan nasihat...tapi takde sapa nak kasi, pelik juga kalau nak difikirkan..bila aku nak jadi baik,pergi masjid, marah betul diorang, macam aku buat benda salah... Cakap tak payah gi masjid pun xpe,berlagaklah. Aku rasa tiada sokongan, dari keluarga aku...cuba kalau aku tak solat,duduk kat bilik, sepanjang hari, diorang tak kata apa pun... rilek je,malah aku rasa diorang lagi suka.

Dalam keadaan, aku camni, aku perlukan huluran tangan yang mampu menarik aku keluar dari lubang, I guess bila semua dalam lubang siapa yang nak hulur tangan tarik keluar.Bila semuanya buta sapa yang nak nampak.Bila semuanya pekak siapa yang nak dengar...

aku duduk dalam lubung, aku tunggu ibu aku tarik aku keluar, macam mana dia nak tarik dia pun ada dalam lubang. Semakin hari kita, masuk lebih dalam.Dulu aku yang keluar, dengan penuh azam dan tekad,tak kisah apa yang orang2 dalam lubang ni cakap.

Bila kita keluar, tahulah kita luar lagi syok, lagi nyaman... Diorang dah selesa duduk dalam lubang...takde sapa nak tunjukkan luar lagi best....
Nak tahu apa lagi kelakar, aku dah best kat luar,bebas merdeka...aku pergi lompat masuk balik, gali dalam dalam......

Hari ke-4:Masa-masa penuh mencabar

Hari ni cuti, biasalah duduk lepak sajelah kat rumah.Kalau ikutkan banyak kerja nak buat, tempat nak pergi, tapi apa yang aku buat tidur sepanjang hari. Mula-mula aku ingat nak tidur kejap aje dari pukul 1 sampai 3 ke, bangun-bangun dah terbabas sampai pukul 5. Aku bangun tengok takde orang kat rumah, aai bosannye, tapi kalau diorang ade pun, lebih kurang sama aje.

Kerja aku banyak sebenarnye, takdelah banyak.. aku patutnye mesti prepare speech, selasa sok giliran aku berucap.Pastu, sheikh aku sorang tu ajak aku keluar minggu ni. Biasalah, korang tau kan jemaah keluar sebulan 3 hari, minggu ni lah diorang nak keluar. Tapi susah aku nak pergi, sebab aku nak buat speech dulu, ngan birthday adik aku malam ni... hai.

Bangun,bangun tidur, aku terus tengok tv. Tengok MTV, pompuan semua pakai seksi. tergugat lagi. tambahan sorang-sorang ni, memang terasa sunyi.

Hari Ke-3: Mula Tergugat

Malam tadi aku susah nak tidur,mungkin sebab aku tidur petang.Susah nak tidur,aku tengok tv, takde ape-ape menarik.Pastu aku layan sukan. Tengok ada live WTA perlawanan tenis, Dubai Master kat ASTRO,layanlah aku. Aku tengoklah minah dannish ni main, memang cukup seksi,tergoda aku,tergugat aku,stim pulak. Lupa dah, program 100 hari. Istighfar aku,aku cuba cari rancangan lain,xde yang best,….tergugat aku poit.

Itu cerita malam tadi, sepanjang aku berkerja siang ni tadi asyik teringat kat dialah,dah jatuh angau…. Hati rasa kekosongan dan sunyi.simptom biasa. Jadi aku balik aku buka rancangan sport, ada balik ulangan.mengyiurkan betul. Inilah cabaran pertama, sejak cabaran 100 hari.


 

Apa aku nak cakap, bila dunia dikuasai nafsu…dosa, pahala dah takde dalam kamus hidup. Ya aku rasa bersalah,tapi terlalu kecik.

Hari Jumaat,hari kebesaraan Islam, tapi hari inilah yang paling aku tergugat, kalau aku kahwin dapat juga pahala kalau aku 'buat'..Mungkin sebab di penghujung minggu ini tekanan kerja mula hilang dan dilupakan, yang aku fikirkan nak syok-syok.

Indah nampaknya dosa dan maksiat,dibisikkan nafsu dan syaitan. Umpama, satu makanan dari jauh Nampak marvelous , terliur kita. Tapi bila kita datang dekat dan rasa, rasa hampeh.

Penyelesaian dalam Islam dalam menghadapai cabaran ini ialah pencegahan, Jagalah Mata dan jauhi zini, jangan dekati zina.

Pandangan mata, adalah anak panah syaitan. Tambahan lagi dalam menghadap dunia akhir zaman. Kita keluar, tengok perempuan sini sana tak tutup aurat, buka tv perempuan islam dah jadi macam perempuan mat saleh. Akses pada bahan lucah pun dah jadi sangat mudah….menyebabkab kita semakin dalam jatuh dalam lubang keputusasaan.


 

Aku buat blog ini, untuk memberi diriku dan semua orang islam atau tidak yang cuba berhenti dari perbuatan itu satu kekuatan untuk berhenti.Kalau aku ada kekuatan untuk tidak makan Mc D, agak lama juga,insyallah aku juga patutnya ade kekuatan untuk berhenti dari buat perbuatan haram

Kerana perbuatan ini, memang banyak keburukkannya… bukankah kita sudah lihat keburukkannya… Bukan kita tak sedar, ia berdosa,bukan kita tak tahu Allah Murka.

Aku ni dipanggil orang tabligh sekarang dah terbalik, jangan katakan nak pergi masjid, nak solat pun payah. Semua orang ingat aku ni baik sangat. Diorang tak tahu, aku macam mana. Aib aku ni Allah aje yang tutup. Kalau diorang tahu tapi pasti diorang tahu kalau Allah tak tutup.


 


 

Friday, February 18, 2011

Hari Ke-3: Mula Tergugat


Malam tadi aku tidur lewat, sebab aku tidur petang.Susah nak tidur,aku tengok tv, takde ape-ape kat tv.Pastu aku layan sukan. Tengok ada live WTA perlawanan tenis, Dubai Master kat ASTRO,layanlah aku. Aku tengoklah minah dannish ni main, memang cukup seksi,tergoda aku,tergugat aku,stim pulak. Lupa dah, program 100 hari. Istighfar aku,aku cuba cari rancangan lain,xde yang menarik,….tergugat aku poit.
Itu cerita malam tadi, sepanjang aku berkerja siang ni tadi asyik teringat kat dialah,dah jatuh angau…. Hati rasa kosong dan sunyi.simptom biasa. Jadi aku balik aku buka rancangan sport, ada balik ulangan.mengyiurkan betul. Inilah cabaran pertama, sejak cabaran 100 hari.

Apa aku nak cakap, bila dunia dikuasai nafsu…dosa, pahala dah takde dalam kamus hidup. Ya aku rasa bersalah,tapi terlalu kecik.
Hari Jumaat,hari kebesaraan Islam, tapi hari inilah yang paling aku tergugat, kalau aku kahwin dapat juga pahala kalau aku ‘buat’..Mungkin sebab di penghujung minggu ini tekanan kerja mula hilang dan dilupakan, yang aku fikirkan nak syok-syok.
Indah nampaknya dosa dan maksiat,dibisikkan nafsu dan syaitan. Umpama, satu makanan dari jauh Nampak marvelous , terliur kita. Tapi bila kita datang dekat dan rasa, rasa hampeh.
Penyelesaian dalam Islam dalam menghadapai cabaran ini ialah pencegahan, Jagalah Mata dan jauhi zini, jangan dekati zina.
Pandangan mata, adalah anak panah syaitan. Tambahan lagi dalam menghadap dunia akhir zaman sekarang. Kita keluar, tengok perempuan sini sana tak tutup aurat, buka tv perempuan islam dah jadi macam perempuan mat saleh.  Akses pada bahan lucah pun dah jadi sangat mudah….menyebabkab kita semakin dalam jatuh dalam lubang keputus asaan.

Aku buat blog ini, untuk memberi diriku dan semua orang islam atau tidak yang cuba berhenti dari perbuatan itu satu kekuatan untuk berhenti.Kalau aku ada kekuatan untuk tidak makan Mc D, agak lama juga,insyallah aku juga patutnya ade kekuatan untuk berhenti dari buat perbuatan haram
Kerana perbuatan ini, memang banyak keburukkannya… bukankah kita sudah lihat keburukkannya… Bukan kita tak sedar, ia berdosa,bukan kita tak tahu Allah Murka.
Aku ni dipanggil orang tabligh sekarang dah terbalik, jangan katakan nak pergi masjid, nak solat pun payah. Semua orang ingat aku ni baik sangat. Diorang tak tahu, aku macam mana. Aib aku ni Allah aje yang tutup. Kalau diorang tahu tapi pasti diorang tahu kalau Allah tak tutup.



Wednesday, February 16, 2011

Seandainya Esok kita mati

Hidup kat dunia ni pendek sangat berbanding akhirat. satu hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia, maka kita hidup di dunia ini tak sampai beberapa jam sahaja. Cuba fikir berapa lama kita boleh hidup, hakikat sebenarnya bergantung pada Allah,Dia yang menetapkan. Mungkin kejap lagi,mungkin tinggal lagi sebulan,itu bukan kerja kita,kerja kita hendaklah berusaha hidup seolah-olah esok kita akan mati.

Kalau malaikat maut inform dateline esok kita mati macam mana,aku akan taubat dengan ikhlas, beramal sebanyak mungkin setiap saat akan berharga....

What is the lessons

Aku minat membaca buku Robert Kiyosaki 'Rich Dad Poor Dad', satu dari pengajaran yang bapanya ajar bila menghadapi kegagalan dalam hidup ialah tanya pada diri apa yang kita belajar dari pengalaman itu. Dan kegagalan itu datang sebagai satu pengalaman dan pengajaran. Mendesak untuk kita tahu,faham dan belajar sesuatu. Bila kita faham dan belajar dari kegagalan,kita akan menjadi manusia yang lebih matang.

Pengajaran-pengajaran:
  1. Kejayaan dan kebahagiaan bila kita taat perintah Allah, bila kita bawa agama.
  2. Untuk berjaya kita mesti mempunyai displin yang tinggi.
  3. Tiada sesiapa yang boleh tolong kita, melainkan diri sendiri.
  4. Kejayaan tidak akan datang bergolek, ia perlu diusahakan.
  5. Perancangan perlu dilaksanakan.
  6. Pornografi membawa kepada kebinasaan dunia dan akhirat.
  7. Kebahagiaan,kejayaan perlu diusahakan.
  8. Ilmu yang diaplikasikan penting dalam hidup.
  9. Hidup bukan untuk memuaskan nafsu tapi untuk tekan nafsu.
  10. Nafsu musuh yang paling besar.
  11. Masa adalah benda yang sangat berharga.
  12. Hidup untuk berkhidmat.

Hari ke 2-Terdesakkah kita untuk berubah-Wake Up call!!!!

Ia bergantung pada pernilaian diri sendiri. kalau dengan keadaan maruah yang dihina kita masih tiada apa-apa perasaan apa aku boleh buat. Umur aku sekarang sudah menghampir 30 tahun,apakah kejayaan aku, zero, kenapa tak cukup displin dan fokus untuk mengejar kecemerlangan. 30 tahun sudah habis dari masih hidupmu, masih kah tidak kau insaf-insaf. Kawan-kawanmu semua berjaya, Mail yang kau pandang rendah dah jadi pegawai besar UiTM, Anis (My X)- Penolong Pengarah even K- pun dapat jadi penyelia. Jadi penyeliapun tak layak, dan ditolak. Mana silapnya,nak kata diorang pandai, aku rasa result exam aku lagi power. Kawan-kawan,kenalan dan saudara mungkin di depan aku senyum dan bersempati, tapi dibelakang aku tak hairan kalau mereka mentertawakan aku dalam hati mereka.Mana pergi maruah diri dan keluarga.

Berapa banyak air mata ibuku telah mengalir kerana aku.Bodoh betul, langsung tiada fikir,langsung tiada perubahan.Sepanjang hidup aku tiada satu air mata bangga pun yang ibuku titiskan untukku, hanyalah air mata duka dan kecewa.Sebab dia tahu, dia percaya, dia yakin aku boleh buat.

Sebenarnya tahun lalu, aku seperti jatuh ditimpa tangga, pertama Nurul Ainni, calon isteri reject aku,kedua aku tidak dilantik menjadi penyelia.Sedangkan semua kawan sebatch aku dilantik. Benarlah dosa, menyebabkan mahal rezeki.Tidak cukup dengan itu rakan setugas aku yang baru dilantik menjadi penyelia, sudah layan aku macam kuli batak dia.Betul-betul macam kuli batak dia. Aku tak marah dekat diorang,dah diorg bos yang aku marah pada diriku sendiri,langsung tiada kesedaran.Tiada beza kau dengan dia atau dengan sesiapa. cuma bila kita terlibat dengan perbuatan hina, kita rasa hina,malu,rendah diri dan hilang keyakinan.

Di umur 30 tahun,kerja yang baik tak dapat lagi, kahwin masih sayup,agama makin jauh....hidup kucar kacir, dunia gagal,akhirat pun gagal.Masih tak terdesakkah kita untuk berubah?

Hari 2-Kesan Melancap dalam hidup Saya

Apakah kesan menonton porno dan melancap dalam hidup saya. Kesan yang ketara, saya sudah tidak pergi lagi solat fardhu berjemaah di Masjid terutama Solat Isyaq dan Subuh, sedangkan 2 solat itu paling kritikal.Ia benchmark untuk membezakan orang beriman dan orang munafiq. Sebab orang munafiq akan merasa berat untuk solat Isyaq dan subuh, kedua-dua solat itu ketika sudah letih dan mengantuk atau masih dibuai mimpi. Maka mujahadahnya lebih besar.Dan kedua solat ini tidak diperhati oleh manusia.

Lihatlah dirimu sendiri, untuk bersolat sudah menjadi berat..seandainya solat,lalai.Solat tapi tidak mengingati Allah,solat dengan berat, riak dan malas itu satu lagi sifat munafiq. kerana dosa merosakkan iman dan mengotorkan hati.Tiada agama bagi orang yang tidak bersolat, saidina umar berkata.

Maka, jika solat pun payah...bagaimana nak mesyuarat,bagaimana nak ta'aalim,bagaimana nak ziarah...nyatalah makin jauh kita dari agama dan usaha agama.

Dari segi keluarga, saya seperti sudah tidak ambil berat terhadap mereka, tidak seperti sebelum ini. Kerana orang yang ada masalah akan  hanya terperangkap dengan masalahnya sahaja.kemalasan makin menebal dengan tabiat ini, bilik tidak kemas,bersepah.aku seperti mayat hidup 'zombie', nak kata mati pun tidak, hidup pun tidak.

Kadang-kadang aku harap dapat dengar masalah adik aku. Dia suka bercerita masalah dia tetapi aku terlalu sibuk memikir masalah aku.bagaimana nak dengar masalah dia. Macam mana nak bagi nasihat atau cadangan.

Aku harap ada disisi mereka menyokong dan memberi galakkan pada mereka.Masalah ibu,abang,uwan dan keluarga sudah tidak menjadi agenda utama lagi.Sekarang mereka pulak merasa aku bermasalah, dan memang pun aku bermasalah.

Aku merasa kasih sayang antara aku dan keluarga makin pudar dan jauh. Sebab aku tidak lagi ambil berat atau ambil kisah.Sedangkan aku tiada sesiapa lagi dalam dunia ini kecuali ibu aku.jadi bila dia mengadu masalah kesihatannya, aku buat tak kisah, tak nak ambil tahu,walaupun sekadar berpura-pura.Ya dosa, merosakan hati dan menghilangkan kasih sayang.Aku juga sudah lama tidak berdoa atau mensedekahkan al-fatihah untuk arwah ayaku. Sengsara agaknya dia dalam kubur itu.Dengan, uwanku yang masih hidup akhlaq aku makin teruk, kasar aku layan dia.Begitulah aku balas jasa orang yang banyak berkorban untuk aku, bagaimana pulak dengan orang lain.

Aku rasa tidak seronok dan benci dengan diri sendiri,kadang-kadang aku rasa lebih baik aku mati tapi aku tahu bila mati masalah jadi lebih besar. Masalah perlu diselesaikan disini,sekarang selagi masih ada peluang. Orang-orang kubur semua harap dapat kembali,kita pulak tak menghargai peluang ini.

Kerja jangan cakaplah, bangun lambat, datang lambat, produktivi menurun. fikir dan semangat untuk membangunkan kerja pun jatuh merundum. I work on safety mode. Aku datang kerja balik kerja macam zombie.Kerja aku tidak efektif.Ini menambahkan kekecewaan. Ikut pengalaman, aku hanya berubah bila aku betul-betul terdesak.Bila aku betul-betul terdesak,1-bila arwah ayahku meninggal, kedua- bila aku rasa tertekan yang amat sangat ketika belajar di UiTM dahulu.dahagakan hidayah.

Kesan Buruk dari Sudut Psychology


1.       Menjadi cepat marah atas perkara kecil
2.       Hilang keyakinan diri
3.       Menghilangkan semangat berkerja
4.       Perasaan bersalah
5.       Menjadi pengecut dan penakut
6.       Merasa hina
7.       Hilang minat belajar
8.       Suka mengasingkan diri dan bersendirian
9.       Stress
10.   Hilang Keceriaan dan keseronokan hidup
11.   Perasaan rendah diri

Itu sahajalah untuk hari ini,
mata sudah mengantuk.........Supaya kita sedar akan keburukan perbuatan ini, moga-moga datang keinsafan dalam diri untuk menjauhi diri dari perbuatan terkutuk ini. Berhenti dan berubahlah sebelum kau berumur 40 tahun,kerana setelah berumur 40 tahun, dikatakan sukar untuk berubah.


Hari 1-Keburukan Melancap dari segi Fizikal



Kesan Buruk Fizikal

5.       Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut. Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks
6.        Zakar juga akan mengecil dan ketegangan menjadi lemah.
7.       Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara. Menjadi lembab
8.       Menyebabkan keletihan dan selalu mengantuk. Kerana proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. 
9.        Secara amnya, onani boleh menyebabkan mati pucuk. Disebabkan urat-urat pada zakar telah diurut menggunakan tangan secara kasar.
10.    Onani menyebabkan kemandulan. Pengeluaran air mani yang terlalu kerap menyebabkan penghasilan sperma yang sedikit kelak.
11.   Mata kuyu dan membengkak,penglihatan menjadi lemah dari biasa,dan kewujudan tanda hitam dikeliling mata.
12.   muka cengkung dan pucat
13.   selalu sakit kepala
14.   selalu berak sembelit
15.   persendian berbunyi
16.    jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak,berisiko mengalami mati pucuk dan sekiranya Zakar dan testis rosak akan menyebabkan kemandhulan
17.   Risiko kanser Prostet
18.   Insomnia
19.   Jantung berdebar terus menerus.Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Zon jantung zakar – kepala zakar – adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma.
Sakit belakang dan cepat letih jika berdiri atau berjalan lama.
21.   Keguguran rambut
22.   Urat saraf akan bermasalah
23.   Sistem hati dan pencernaan akan bermasalah dan mudah mendapat penyakit
24.   Tidak mampu membuat kerja berat fizikal dan mental
25.   Melemahkan otot perkumuhan menjadi lemah, menjadikan susah untuk bersuci dan memayahkan berwudhuk dan bersolat, kencing menjadi tak tus
26.   Anggota badan menjadi lemah dan menggigil seperti tangan dan kaki
27.   Saraf tunjang menjadi rosak, badan menjadi bongkok.
28.   Merosokkan 4 organ penting-hati,otak,jantung dan perut.

A pa macam timbul xkeinsafan atau langsung tak kisah?????

Hari 1-Bagus ke melancap




       Disini adalah kajian ringkas saya tentang keburukan Melancap
       
       Kesan Buruk kepada Agama.
  1.        Jauh dari Hidayah dan Taufiq Allah SWT.
  2.        Susah untuk istiqomah dalam Agama.
  3.        Termasuk dalam 7 golongan yang tidak dipandang Allah pada hari Akhirat.
  4.        Dilaknati Rasulullah SAW. 
  5.        Menjadi jauh dengan sahabat yang soleh dan jauh dari pengaruh yang baik

Tuesday, February 15, 2011

Hari 1- Mengapa ia best dan xbest

Seronok ke melihat porno, ramai lelaki melihat porno...aku bukan cuba merasionalkan porno atau melancap. Tetapi aku cuba untuk berfikir dan bertanya mengapa ramai lelaki meminati porno. Aku bukanlah pengintip kaki skodeng yang mencari aib manusia, tetapi berdasarkan pengalaman aku. kebanyakkan kawan-kawanku pernah menonton porno dan mereka tidak ada perasaan malu menceritakan keseronokkan mereka. Ia seolah-olah menjadi sesuatu yang dibanggakan. Mereka menonton porno bersama-sama. Sedangkan ia berdosa.

Apabila kita buat dosa, kita buat sorang-sorang, ia adalah antara kita dengan Allah. tetapi bila kita cerita atau buat ramai-ramai mudharatnya menjadi lebih besar.

Ya Lelaki tidak akan pernah puas dengan perempuan dan itulah sebabnya lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang.Ok Mari kita fokus semula mengapa ia best.

Mengapa ia best, berdasarkan pengalaman aku ia best kerana sebagai lelaki memang firah Allah jadi suka kepada perempuan. Tambahan lagi bila kita bujang, tenaga banyak saluran tiada. Tambahan pulak dengan ransangan dari luar. Perempuan berpakaian seksi, kita tertarik melihat perempuan yang mempunyai tubuh badan yang montok dan pakej yang mantap.Kita pulak bermula dari pandangan melihat perempuan, kepada
tengok cerita omputih kepada menonton youtube kepada menonton cerita lucah dan melancap. Kadang-kadang selagi tak lepas bengkek je rasa.bila dah lepas hilang marah.pelikkan.

Bila aku ada masalah, atau cuba lupakan sesuatu keadaan yang tidak menyeronokkan atau menakutkan aku layan cerita lucahlah. hilang kejap masalah aku. Contohnya bila aku putus cinta dengan x aku, aku layan cerita lucah kadang-kadang sampai 3 bulan. dah jadi macam banggalah pulak.Mengapa aku layan porno kerana bila aku break aku rasa kosong dan kecewa. aku cari penyelesaian mudah.

Bila aku ada masalah kerja pun sama aku buat,aku layan cerita lucah juga.Sampailah aku muak.

Xbestnye...

Bila dia jadi xbest, dia jadi xbest bila aku, sedar. Bila aku sedar apa yang aku buat berdosa. bila teringat dosa. Neraka lebih layak untukku.Bila selesai, minda yang waras pun kembali. Mulalah ia berasa sedih,kecewa, malu dan hina.

Yang Xbestnye bila aku tengok kubur,dan tanya bagaimana keadaan aku nanti bila masuk dalamnya. Yang xbestnya aku jadi sangat lembab, otak aku jadi sangat lembab, produktifiti menurun,prestasi merosot. Kerana perbuatan ini memberi kesan pada semangat dan jiwa.

Yang Xbest bila aku teringat Neraka.bagaimanalah nasib aku nanti. Aku malu dengan kawan-kawan seperjuangan aku.

Kerana perbuatan ini sudah lama aku tak pergi berjemaah di masjid.hidup aku jadi hancur. Siapa sengsara yang sengsara diriku dan keluargaku.Kerana nak melayan nafsu sehingga dunia akhirat dikorbankan.

Hari 1-Taubat yang sempurna

Taubat yang sebenar-benarnya taubat ialah bilamana kita berhenti serta merta. Menyesal dengan perbuatan terkutuk ini, menyesal dan menangis dan berazam dan bulat hati untuk tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi. Taubat yang mendatangkan kesan benci pada porno, benci pada melancap dan segala perbuatan yang membawa kepadanya. Bukan sahaja benci malah menjauhkan diri. Benci seperti benci dicampakkan ke dalam Neraka Allah.

Tetapi soalnya adakah hati kita benci, seperti benci dicampakkan dalam neraka?

Sejujurnya perasaan suka,cinta pada porno itu telah menebal dalam hati.Sebab itu bila kita buat perbuatan terkutuk itu..tiada langsung penyesalan dalam diri.Langsung tiada rasa bersalah. Rasa seronok dan hidup... Soalnya ini kah hidup yang sebenarnya. Kita jadi lupa segala masalah,segala kerisauan. untuk seketika kita lupa.. memang lupa,satu pun kita tak ingat.Tetapi bila kita sudah kembali pada pemikiran waras kita, baru aku sedar perbuatan aku salah. Baru datang penyesalan...penyesalan sekejap, bak orang munafik menghalau lalat.Kerana ada beza antara perasaan orang munafik dan orang beriman bila membuat dosa. Orang beriman perasaannya seperti melihat satu gunung yang bakal nak terhempap pada dirinya. Big problems.Bagi orang munafik perasaannya seperti menghalau lalat.

Perasaan itu kita rasa sendiri,jelas ya saya munafik.kenapa munafik kerana iman lemah...

Bagaimana saya boleh taubat dengan sempurna bila mana hati saya masih ada cinta pada porno?
Bagaimana nak tinggalkan benda yang kita suka, mengapa tak diteruskan sahaja, adakah ia berdosa..

Berapa banyak program dah !

Sepanjang tahun lepas, banyak program sudah aku buat. Kerana bila aku tewas, aku berhenti mencuba...aku biarkan hidup kosong, sehingga datang kekuatan dan keinginan dan perasaan terdesak yang amat sangat untuk berubah...sebab itu program yang sama dijenama kan semula atas maksud supaya aku berhenti dari ketagihan ini. ya ini adalah satu ketagihan, kerana aku tidak dapat bertahan walaupun 40 hari tanpanya.bukankah itu jelas satu ketagihan, apa guna kau berada dalam keadaan denial. Terima hakikat dan terus berjuang.

Benda yang sama diulang-ulang dengan harapan masalah selesai adalah kerja orang gila. What make this diffrences?.

Apa yang membezakan program ini dengan yang lalu ialah....fokus akan diberikan untuk mencari punca utama, the real problems underneath the problem. Mungkin aku boleh cari punca sebenar, mengapa aku buat. Bila sesuatu punca dapat dikesan maka mudahlah mencari ubatnya.

Maka blog ini akan didedikasikan untuk mencari punca atau real problem di sebalik masalah ini. Blog ini juga akan dijadikan sebagai pembakar semangat dan sumber motivasi untuk melakukan perubahan yang sangat-sangat penting dalam hidup saya ketika ini. Ketika saya dalam persimpangan jalan melalui liku hidup yang mencabar ini.

Maka yang membezakan program 100 hari ini dengan program yang saya lalui ialah
  1. Fokus utama mencari the root cause of the problems.
  2. Fokus mencari jalan penyelesaian yang berkesan
  3. Blog ini akan menjadi nadi perubahan tersebut dan pusat kajian utama

100 hari tanpa Porno-Hari Pertama.

Hari ini, bermulalah program aku untuk berhenti menonton porno dan melancap dan perkara-perkara yang membawa kepada perbuatan tersebut.

Blog ini adalah catatan perjalanan 100 hari tanpa porno, saya akan menulis perkembangan harian dan aktiviti-aktiviti yang saya telah jalankan bagi mengubah budaya hidup saya.Ia bermula pada hari ini sehingga 26 Mei 2011.

Blog ini akan ditulis untuk memberi kekuatan pada diri saya sendiri,menyokong dan membantu diri sendiri untuk berjaya menempuh 100 hari tersebut.Sebenarnya sudah banyak program yang saya telah buat untuk menyelesaikan masalah ini. Bermula dari tahun lepas lagi,dengan format dan kaedah penyelesaian yang lebih kurang sama sahaja. Paling lama saya boleh bertahan adalah 30 hari, itulah rekod setakat ini. Bagaimanapun saya pernah melalui hidup bahagia dan ceria tanpa porno pada awal penglibatan saya dalam usaha agama Jemaah tabligh.Selama 1 tahun lebih saya dapat bertahan.

Beginilah keadaan saya,sehingga untuk marah pun sudah letih, kini apa yang saya boleh buat terima keadaan dan 'penyakit'  ini dan berusaha mencari ubatnya.Apakah ubatnya,apakah penyelesaiannya. Tetapi saya percaya saya lebih kuat dari ini,saya mampu berubah, saya percaya..ini terbukti satu ketika dahulu, masalahnya, apabila saya berubah saya jadi lupa keadaan saya ketika dalam keadaan ketagih dan kesannya dalam kehidupan saya, maka saya terpanggil semula untuk membuatnya atas alasan sudah fitrah semulajadi lelaki.

Saya selalu berfikir,adakah bila berkahwin masalah ini akan hilang.Atas pemerhatian dan pengalaman saya melihat ragam saya sendiri dan ragam manusia saya rasa masalah ini tidak akan selesai dan akan tetap berterusan. ya pintu taubat dan rahmat Allah terbuka luas, saya buat,saya taubat buat lagi taubat lagi. Masalahnya bukankah ini dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek bukan panjang dan bagaimana bila malaikat maut datang bila saya dalam keadaan tersebut. fikirkanlah.