Tuesday, February 15, 2011

100 hari tanpa Porno-Hari Pertama.

Hari ini, bermulalah program aku untuk berhenti menonton porno dan melancap dan perkara-perkara yang membawa kepada perbuatan tersebut.

Blog ini adalah catatan perjalanan 100 hari tanpa porno, saya akan menulis perkembangan harian dan aktiviti-aktiviti yang saya telah jalankan bagi mengubah budaya hidup saya.Ia bermula pada hari ini sehingga 26 Mei 2011.

Blog ini akan ditulis untuk memberi kekuatan pada diri saya sendiri,menyokong dan membantu diri sendiri untuk berjaya menempuh 100 hari tersebut.Sebenarnya sudah banyak program yang saya telah buat untuk menyelesaikan masalah ini. Bermula dari tahun lepas lagi,dengan format dan kaedah penyelesaian yang lebih kurang sama sahaja. Paling lama saya boleh bertahan adalah 30 hari, itulah rekod setakat ini. Bagaimanapun saya pernah melalui hidup bahagia dan ceria tanpa porno pada awal penglibatan saya dalam usaha agama Jemaah tabligh.Selama 1 tahun lebih saya dapat bertahan.

Beginilah keadaan saya,sehingga untuk marah pun sudah letih, kini apa yang saya boleh buat terima keadaan dan 'penyakit'  ini dan berusaha mencari ubatnya.Apakah ubatnya,apakah penyelesaiannya. Tetapi saya percaya saya lebih kuat dari ini,saya mampu berubah, saya percaya..ini terbukti satu ketika dahulu, masalahnya, apabila saya berubah saya jadi lupa keadaan saya ketika dalam keadaan ketagih dan kesannya dalam kehidupan saya, maka saya terpanggil semula untuk membuatnya atas alasan sudah fitrah semulajadi lelaki.

Saya selalu berfikir,adakah bila berkahwin masalah ini akan hilang.Atas pemerhatian dan pengalaman saya melihat ragam saya sendiri dan ragam manusia saya rasa masalah ini tidak akan selesai dan akan tetap berterusan. ya pintu taubat dan rahmat Allah terbuka luas, saya buat,saya taubat buat lagi taubat lagi. Masalahnya bukankah ini dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek bukan panjang dan bagaimana bila malaikat maut datang bila saya dalam keadaan tersebut. fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment