Tuesday, February 15, 2011

Berapa banyak program dah !

Sepanjang tahun lepas, banyak program sudah aku buat. Kerana bila aku tewas, aku berhenti mencuba...aku biarkan hidup kosong, sehingga datang kekuatan dan keinginan dan perasaan terdesak yang amat sangat untuk berubah...sebab itu program yang sama dijenama kan semula atas maksud supaya aku berhenti dari ketagihan ini. ya ini adalah satu ketagihan, kerana aku tidak dapat bertahan walaupun 40 hari tanpanya.bukankah itu jelas satu ketagihan, apa guna kau berada dalam keadaan denial. Terima hakikat dan terus berjuang.

Benda yang sama diulang-ulang dengan harapan masalah selesai adalah kerja orang gila. What make this diffrences?.

Apa yang membezakan program ini dengan yang lalu ialah....fokus akan diberikan untuk mencari punca utama, the real problems underneath the problem. Mungkin aku boleh cari punca sebenar, mengapa aku buat. Bila sesuatu punca dapat dikesan maka mudahlah mencari ubatnya.

Maka blog ini akan didedikasikan untuk mencari punca atau real problem di sebalik masalah ini. Blog ini juga akan dijadikan sebagai pembakar semangat dan sumber motivasi untuk melakukan perubahan yang sangat-sangat penting dalam hidup saya ketika ini. Ketika saya dalam persimpangan jalan melalui liku hidup yang mencabar ini.

Maka yang membezakan program 100 hari ini dengan program yang saya lalui ialah
  1. Fokus utama mencari the root cause of the problems.
  2. Fokus mencari jalan penyelesaian yang berkesan
  3. Blog ini akan menjadi nadi perubahan tersebut dan pusat kajian utama

No comments:

Post a Comment