Tuesday, February 15, 2011

Hari 1- Mengapa ia best dan xbest

Seronok ke melihat porno, ramai lelaki melihat porno...aku bukan cuba merasionalkan porno atau melancap. Tetapi aku cuba untuk berfikir dan bertanya mengapa ramai lelaki meminati porno. Aku bukanlah pengintip kaki skodeng yang mencari aib manusia, tetapi berdasarkan pengalaman aku. kebanyakkan kawan-kawanku pernah menonton porno dan mereka tidak ada perasaan malu menceritakan keseronokkan mereka. Ia seolah-olah menjadi sesuatu yang dibanggakan. Mereka menonton porno bersama-sama. Sedangkan ia berdosa.

Apabila kita buat dosa, kita buat sorang-sorang, ia adalah antara kita dengan Allah. tetapi bila kita cerita atau buat ramai-ramai mudharatnya menjadi lebih besar.

Ya Lelaki tidak akan pernah puas dengan perempuan dan itulah sebabnya lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang.Ok Mari kita fokus semula mengapa ia best.

Mengapa ia best, berdasarkan pengalaman aku ia best kerana sebagai lelaki memang firah Allah jadi suka kepada perempuan. Tambahan lagi bila kita bujang, tenaga banyak saluran tiada. Tambahan pulak dengan ransangan dari luar. Perempuan berpakaian seksi, kita tertarik melihat perempuan yang mempunyai tubuh badan yang montok dan pakej yang mantap.Kita pulak bermula dari pandangan melihat perempuan, kepada
tengok cerita omputih kepada menonton youtube kepada menonton cerita lucah dan melancap. Kadang-kadang selagi tak lepas bengkek je rasa.bila dah lepas hilang marah.pelikkan.

Bila aku ada masalah, atau cuba lupakan sesuatu keadaan yang tidak menyeronokkan atau menakutkan aku layan cerita lucahlah. hilang kejap masalah aku. Contohnya bila aku putus cinta dengan x aku, aku layan cerita lucah kadang-kadang sampai 3 bulan. dah jadi macam banggalah pulak.Mengapa aku layan porno kerana bila aku break aku rasa kosong dan kecewa. aku cari penyelesaian mudah.

Bila aku ada masalah kerja pun sama aku buat,aku layan cerita lucah juga.Sampailah aku muak.

Xbestnye...

Bila dia jadi xbest, dia jadi xbest bila aku, sedar. Bila aku sedar apa yang aku buat berdosa. bila teringat dosa. Neraka lebih layak untukku.Bila selesai, minda yang waras pun kembali. Mulalah ia berasa sedih,kecewa, malu dan hina.

Yang Xbestnye bila aku tengok kubur,dan tanya bagaimana keadaan aku nanti bila masuk dalamnya. Yang xbestnya aku jadi sangat lembab, otak aku jadi sangat lembab, produktifiti menurun,prestasi merosot. Kerana perbuatan ini memberi kesan pada semangat dan jiwa.

Yang Xbest bila aku teringat Neraka.bagaimanalah nasib aku nanti. Aku malu dengan kawan-kawan seperjuangan aku.

Kerana perbuatan ini sudah lama aku tak pergi berjemaah di masjid.hidup aku jadi hancur. Siapa sengsara yang sengsara diriku dan keluargaku.Kerana nak melayan nafsu sehingga dunia akhirat dikorbankan.

2 comments:

  1. intipati yg menarik ... kalo bole nk taw lg info psl topik ni ... memandangkan kite lelaki ...

    ReplyDelete
  2. terima kasih... bila baca, baru aku tahu selama ini aku dh buat bnyk dosa..

    ReplyDelete