Wednesday, February 16, 2011

Hari 2-Kesan Melancap dalam hidup Saya

Apakah kesan menonton porno dan melancap dalam hidup saya. Kesan yang ketara, saya sudah tidak pergi lagi solat fardhu berjemaah di Masjid terutama Solat Isyaq dan Subuh, sedangkan 2 solat itu paling kritikal.Ia benchmark untuk membezakan orang beriman dan orang munafiq. Sebab orang munafiq akan merasa berat untuk solat Isyaq dan subuh, kedua-dua solat itu ketika sudah letih dan mengantuk atau masih dibuai mimpi. Maka mujahadahnya lebih besar.Dan kedua solat ini tidak diperhati oleh manusia.

Lihatlah dirimu sendiri, untuk bersolat sudah menjadi berat..seandainya solat,lalai.Solat tapi tidak mengingati Allah,solat dengan berat, riak dan malas itu satu lagi sifat munafiq. kerana dosa merosakkan iman dan mengotorkan hati.Tiada agama bagi orang yang tidak bersolat, saidina umar berkata.

Maka, jika solat pun payah...bagaimana nak mesyuarat,bagaimana nak ta'aalim,bagaimana nak ziarah...nyatalah makin jauh kita dari agama dan usaha agama.

Dari segi keluarga, saya seperti sudah tidak ambil berat terhadap mereka, tidak seperti sebelum ini. Kerana orang yang ada masalah akan  hanya terperangkap dengan masalahnya sahaja.kemalasan makin menebal dengan tabiat ini, bilik tidak kemas,bersepah.aku seperti mayat hidup 'zombie', nak kata mati pun tidak, hidup pun tidak.

Kadang-kadang aku harap dapat dengar masalah adik aku. Dia suka bercerita masalah dia tetapi aku terlalu sibuk memikir masalah aku.bagaimana nak dengar masalah dia. Macam mana nak bagi nasihat atau cadangan.

Aku harap ada disisi mereka menyokong dan memberi galakkan pada mereka.Masalah ibu,abang,uwan dan keluarga sudah tidak menjadi agenda utama lagi.Sekarang mereka pulak merasa aku bermasalah, dan memang pun aku bermasalah.

Aku merasa kasih sayang antara aku dan keluarga makin pudar dan jauh. Sebab aku tidak lagi ambil berat atau ambil kisah.Sedangkan aku tiada sesiapa lagi dalam dunia ini kecuali ibu aku.jadi bila dia mengadu masalah kesihatannya, aku buat tak kisah, tak nak ambil tahu,walaupun sekadar berpura-pura.Ya dosa, merosakan hati dan menghilangkan kasih sayang.Aku juga sudah lama tidak berdoa atau mensedekahkan al-fatihah untuk arwah ayaku. Sengsara agaknya dia dalam kubur itu.Dengan, uwanku yang masih hidup akhlaq aku makin teruk, kasar aku layan dia.Begitulah aku balas jasa orang yang banyak berkorban untuk aku, bagaimana pulak dengan orang lain.

Aku rasa tidak seronok dan benci dengan diri sendiri,kadang-kadang aku rasa lebih baik aku mati tapi aku tahu bila mati masalah jadi lebih besar. Masalah perlu diselesaikan disini,sekarang selagi masih ada peluang. Orang-orang kubur semua harap dapat kembali,kita pulak tak menghargai peluang ini.

Kerja jangan cakaplah, bangun lambat, datang lambat, produktivi menurun. fikir dan semangat untuk membangunkan kerja pun jatuh merundum. I work on safety mode. Aku datang kerja balik kerja macam zombie.Kerja aku tidak efektif.Ini menambahkan kekecewaan. Ikut pengalaman, aku hanya berubah bila aku betul-betul terdesak.Bila aku betul-betul terdesak,1-bila arwah ayahku meninggal, kedua- bila aku rasa tertekan yang amat sangat ketika belajar di UiTM dahulu.dahagakan hidayah.

No comments:

Post a Comment