Wednesday, February 16, 2011

Hari ke 2-Terdesakkah kita untuk berubah-Wake Up call!!!!

Ia bergantung pada pernilaian diri sendiri. kalau dengan keadaan maruah yang dihina kita masih tiada apa-apa perasaan apa aku boleh buat. Umur aku sekarang sudah menghampir 30 tahun,apakah kejayaan aku, zero, kenapa tak cukup displin dan fokus untuk mengejar kecemerlangan. 30 tahun sudah habis dari masih hidupmu, masih kah tidak kau insaf-insaf. Kawan-kawanmu semua berjaya, Mail yang kau pandang rendah dah jadi pegawai besar UiTM, Anis (My X)- Penolong Pengarah even K- pun dapat jadi penyelia. Jadi penyeliapun tak layak, dan ditolak. Mana silapnya,nak kata diorang pandai, aku rasa result exam aku lagi power. Kawan-kawan,kenalan dan saudara mungkin di depan aku senyum dan bersempati, tapi dibelakang aku tak hairan kalau mereka mentertawakan aku dalam hati mereka.Mana pergi maruah diri dan keluarga.

Berapa banyak air mata ibuku telah mengalir kerana aku.Bodoh betul, langsung tiada fikir,langsung tiada perubahan.Sepanjang hidup aku tiada satu air mata bangga pun yang ibuku titiskan untukku, hanyalah air mata duka dan kecewa.Sebab dia tahu, dia percaya, dia yakin aku boleh buat.

Sebenarnya tahun lalu, aku seperti jatuh ditimpa tangga, pertama Nurul Ainni, calon isteri reject aku,kedua aku tidak dilantik menjadi penyelia.Sedangkan semua kawan sebatch aku dilantik. Benarlah dosa, menyebabkan mahal rezeki.Tidak cukup dengan itu rakan setugas aku yang baru dilantik menjadi penyelia, sudah layan aku macam kuli batak dia.Betul-betul macam kuli batak dia. Aku tak marah dekat diorang,dah diorg bos yang aku marah pada diriku sendiri,langsung tiada kesedaran.Tiada beza kau dengan dia atau dengan sesiapa. cuma bila kita terlibat dengan perbuatan hina, kita rasa hina,malu,rendah diri dan hilang keyakinan.

Di umur 30 tahun,kerja yang baik tak dapat lagi, kahwin masih sayup,agama makin jauh....hidup kucar kacir, dunia gagal,akhirat pun gagal.Masih tak terdesakkah kita untuk berubah?

No comments:

Post a Comment