Tuesday, February 15, 2011

Hari 1-Taubat yang sempurna

Taubat yang sebenar-benarnya taubat ialah bilamana kita berhenti serta merta. Menyesal dengan perbuatan terkutuk ini, menyesal dan menangis dan berazam dan bulat hati untuk tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi. Taubat yang mendatangkan kesan benci pada porno, benci pada melancap dan segala perbuatan yang membawa kepadanya. Bukan sahaja benci malah menjauhkan diri. Benci seperti benci dicampakkan ke dalam Neraka Allah.

Tetapi soalnya adakah hati kita benci, seperti benci dicampakkan dalam neraka?

Sejujurnya perasaan suka,cinta pada porno itu telah menebal dalam hati.Sebab itu bila kita buat perbuatan terkutuk itu..tiada langsung penyesalan dalam diri.Langsung tiada rasa bersalah. Rasa seronok dan hidup... Soalnya ini kah hidup yang sebenarnya. Kita jadi lupa segala masalah,segala kerisauan. untuk seketika kita lupa.. memang lupa,satu pun kita tak ingat.Tetapi bila kita sudah kembali pada pemikiran waras kita, baru aku sedar perbuatan aku salah. Baru datang penyesalan...penyesalan sekejap, bak orang munafik menghalau lalat.Kerana ada beza antara perasaan orang munafik dan orang beriman bila membuat dosa. Orang beriman perasaannya seperti melihat satu gunung yang bakal nak terhempap pada dirinya. Big problems.Bagi orang munafik perasaannya seperti menghalau lalat.

Perasaan itu kita rasa sendiri,jelas ya saya munafik.kenapa munafik kerana iman lemah...

Bagaimana saya boleh taubat dengan sempurna bila mana hati saya masih ada cinta pada porno?
Bagaimana nak tinggalkan benda yang kita suka, mengapa tak diteruskan sahaja, adakah ia berdosa..

No comments:

Post a Comment