Friday, February 18, 2011

Hari Ke-3: Mula Tergugat


Malam tadi aku tidur lewat, sebab aku tidur petang.Susah nak tidur,aku tengok tv, takde ape-ape kat tv.Pastu aku layan sukan. Tengok ada live WTA perlawanan tenis, Dubai Master kat ASTRO,layanlah aku. Aku tengoklah minah dannish ni main, memang cukup seksi,tergoda aku,tergugat aku,stim pulak. Lupa dah, program 100 hari. Istighfar aku,aku cuba cari rancangan lain,xde yang menarik,….tergugat aku poit.
Itu cerita malam tadi, sepanjang aku berkerja siang ni tadi asyik teringat kat dialah,dah jatuh angau…. Hati rasa kosong dan sunyi.simptom biasa. Jadi aku balik aku buka rancangan sport, ada balik ulangan.mengyiurkan betul. Inilah cabaran pertama, sejak cabaran 100 hari.

Apa aku nak cakap, bila dunia dikuasai nafsu…dosa, pahala dah takde dalam kamus hidup. Ya aku rasa bersalah,tapi terlalu kecik.
Hari Jumaat,hari kebesaraan Islam, tapi hari inilah yang paling aku tergugat, kalau aku kahwin dapat juga pahala kalau aku ‘buat’..Mungkin sebab di penghujung minggu ini tekanan kerja mula hilang dan dilupakan, yang aku fikirkan nak syok-syok.
Indah nampaknya dosa dan maksiat,dibisikkan nafsu dan syaitan. Umpama, satu makanan dari jauh Nampak marvelous , terliur kita. Tapi bila kita datang dekat dan rasa, rasa hampeh.
Penyelesaian dalam Islam dalam menghadapai cabaran ini ialah pencegahan, Jagalah Mata dan jauhi zini, jangan dekati zina.
Pandangan mata, adalah anak panah syaitan. Tambahan lagi dalam menghadap dunia akhir zaman sekarang. Kita keluar, tengok perempuan sini sana tak tutup aurat, buka tv perempuan islam dah jadi macam perempuan mat saleh.  Akses pada bahan lucah pun dah jadi sangat mudah….menyebabkab kita semakin dalam jatuh dalam lubang keputus asaan.

Aku buat blog ini, untuk memberi diriku dan semua orang islam atau tidak yang cuba berhenti dari perbuatan itu satu kekuatan untuk berhenti.Kalau aku ada kekuatan untuk tidak makan Mc D, agak lama juga,insyallah aku juga patutnya ade kekuatan untuk berhenti dari buat perbuatan haram
Kerana perbuatan ini, memang banyak keburukkannya… bukankah kita sudah lihat keburukkannya… Bukan kita tak sedar, ia berdosa,bukan kita tak tahu Allah Murka.
Aku ni dipanggil orang tabligh sekarang dah terbalik, jangan katakan nak pergi masjid, nak solat pun payah. Semua orang ingat aku ni baik sangat. Diorang tak tahu, aku macam mana. Aib aku ni Allah aje yang tutup. Kalau diorang tahu tapi pasti diorang tahu kalau Allah tak tutup.



No comments:

Post a Comment